Doa dan Cinta Untukmu Mase

Ya Allah...

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna hingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu.

Seseorang yang memerlukan sokongan sebagai peneguhku.
Seseorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya lebih hidup.

Aku tidak mengharap lelaki semulia Abu Bakar r.a atau setakwa Umar r.a, pun setabah Usman r.a ataupun sekaya Abdurrahman bin Auf r.a, setabah Zaid r.a juga segagah Ali r.a, apalagi setampan Usamah r.a.

Kerana aku sadar aku tidaklah semulia Fatimah r.a Tidak setakwa Aisyah r.a, pun tidak secantik Zainab r.a

Aku hanya mengharap seorang kaum Adam akhir zaman untuk membangun keturunan yang soleh dan solehah.
Membangun peradaban dan membuat Rasullah s.a.w bangga di akhirat.
Kerana aku sadar,aku hanyalah insan yang biasa.

Ya Allah...
Aku memohon jadikanlah ia sandaran bagiku.
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga.
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintai dengan sepenuh jiwa.

Ya Allah...
Berilah aku sifat lembut,sehingga auraku datang dari-Mu.
Berilah aku tangan sehingga aku mampu berdoa untuknya.
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak kebaikan dalam dirinya.
Berikan aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana hingga ku mampu memberikan semangat serta membantunya setiap saat.

Aamiin Yaa Rabbal'alamiin

4 Responses to "Doa dan Cinta Untukmu Mase"